Monday, May 31, 2010

Perkara yang boleh membawa kepada kesusahan..

Beberapa perkara yang menyebabkan kesusahan dan kemelaratan sebagaimana yang tersebut dalam kitab Al-Barakah Fii Fadl Lis-Sayi Wal-Harokah oleh Abu Abdillah Muhammad bin Abdurrahman al-Habsyi. Sebahagian daripada perkara yang disenaraikan merupakan pengalaman dan pengamatan orang dahulu dan orang tua, antaranya juga terdapat di dalam al-Quran dan hadis yang disebutkan oleh Allah dan Rasul-Nya melalui perumpamaan, kiasan dan pengajaran dari kisah-kisah sejarah manusia dan binatang.

Apa yang penting adalah pergantungan dan keyakinan kita kepada Allah. Setiap apa yang berlaku atau yang telah berlaku semuanya tertakluk kepada takdir daripada Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengkehendaki….

1





. Membakar kulit bawang merah atau bawang putih

2. Tidur meniarap

3. Menyapu rumah di waktu malam

4. Menyapu sampah dengan kain

5. Tidak membersihkan rumah (dibiarkan bersampah, bersawang dan berjelaga)

6. Membasuh tangan dengan tanah (kecuali samak najis mughallazah) atau bekas tepung

7. Membasuh tangan pada bekas tempat makan

8 . Duduk di atas tangga

9. Bersandar pada salah satu daun pintu

10. Berwuduk di tempat buang air (di dalam tandas)

11 .Menjahit baju yang sedang dipakai

12. Mengeringkan muka dengan baju yang sedang dipakai

13. Berdiri sambil bercekak pinggang

14. Tidur tanpa pakaian (bertelanjang)

15. Makan dalam keadaan junub

16. Cepat2 keluar dari masjid sesudah solat subuh

17. Pagi2 buta pergi ke pasar dan

18. Pulang terlambat (paling akhir keluar) dari pasar

19. Mendoakan yang tidak baik bagi orang tua, anak atau pemimpin

20. Tidak suka menutup bekas

21. Memadamkan lampu dengan nafas (meniup api)

22. Membuang kutu dalam keadaan hidup

23. Mencuci kaki dengan tangan kanan

24. Kencing pada air yang bertakung

25. Memakai seluar sambil duduk

26. Memakai serban sambil berdiri

27. Mandi junub di tempat kencing atau najis

28. Makan dengan dua jari (menyepit)

29. Berjalan di antara kambing

30. Berjalan di antara dua perempuan

31. Berbekam pada hari ke-17

32. Terlalu banyak mempermainkan janggut

33. Menghubungkan jejari tangan di sekeliling lutut (mendakap lutut dengan menyela-nyela jejari tangan)

34. Meletakkan telapak tangan di hidung

35. Memotong kuku dengan gigi

36. Membuka aurat di muka matahari atau bulan (di tempat terbuka)

37. Buang air kecil atau besar dengan menghadap kiblat

38. Menguap di waktu solat

39. Berludah dalam tandas atau dalam abu (bakaran)

40. Meletakkan tangan di atas pipi ketika duduk atau bertongkat dagu


Dan yang lebih besar dari yang tersebut di atas adalah:

1. Meremehkan solat

2. Meremehkan apa-apa yang terjatuh daripada hidangan (tidak mengutip makanan yang jatuh),ertinya membazir rezeki

3. Tidak membaca bismillah sebelum makan

4. Banyak makan dan banyak berdusta

5. Memakai sandal (kasut) di dahului kaki kiri sebelum yang kanan atau berlainan warna dan saiz

6. Makan di atas pinggan yang terbalik atau yang retak atau kemek

Wallahu ‘alam

...Klik untuk baca lagi Perkara yang boleh membawa kepada kesusahan..

Saturday, May 29, 2010

bintang yang menerangi...

Dah lama benar kutinggalkan dunia penulisan ini.. Terasa sedikit menyesal kerana mensia-siakan kursus yang pernah kuhadiri suatu masa dulu. Bukan senang nak dapat peluang cam tu lagi..
Terdetik hati tuk berkongsi kisah yang ku karang sendiri suatu ketika dulu..
Lebih kurang 2 tahun usianya kini.
Juz a simple writing, tapi amat bermakna bagiku...

**************************

One day ada sowang guy datang menyapa
Hanna tak tau siapa
Dia perkenalkan diri sebagai bintang..

Hari demi hari..
Satu hubungan persahabatan telah terjalin
Banyak yang dikongsi bersama
Hidup Hanna yang dulu sepi kini terisi

Dalam diam Hanna memendam perasaan
Bintang seakan memberi ruang
Namun segalanya masih kabur

Hanna pula sedaya upaya menafikan perasaan yang kian berbunga
Hanna takut bintang dapat tahu kisah silamnya
Hanna takut bintang tak dapat terima kenyataan
Hanna malu dengan keadaan dirinya sendiri
Saban hari Hanna semakin jauh berlari
Niatnya agar bintang bahagia dengan insan yang lebih layak

Namun Hanna tak sedar
Semakin jauh dia berlari
Semakin kuat bintang mengejar
Bintang bingung
Bintang terasa kehilangan
Hanna pula semakin menghilang

Hanna terseksa dengan tindakan sendiri
Tapi Hanna terpaksa
Setiap malam air mata jadi peneman
'teddynya' pula jadi pendengar setia

Masih terngiang2 kata-kata abang Amy di telinganya..
"kau ingat senang2 je aku nak lepaskan kau!
Ingat! aku boleh bagi tau siapa diri kau sebenarnya
kat pakwe kau tu kalau kau nak!
aku takkan lepaskan kau!
dasar perempuan murahan!"

Setiap kali Hanna teringatkan kata-kata abang Amy
Hanna jadi takut
Lagi sebulan hukuman penjara abang Amy akan berakhir
Abang Amy akan keluar
Hanna jadi semakin takut
kisah hitam 10 tahun lalu kembali menghantuinya....

Bintang pula semakin tidak keruan
Sakitnya tidak lagi diendahkan
Janjinya kepada Hanna untuk tidak menjejakkan kaki
ke wad itu tidak lagi diendahkan
Saban malam bintang bermimpikan Hanna
Tak pernah sesaat dia melupakan gadis pujaannya itu
Bintang menyesal kerana tidak berterus terang
Bintang terlalu menyayangi Hanna..

5 tahun berlalu...
Hanna berjalan-jalan di tengah bandaraya
Menghilangkan bosan dari penat bekerja
Hanna terpandang seorang lelaki
Berkaca mata, berkemeja lusuh
dan jeans yang agaknya sudah lama betul
Kasihan...

Dengan bantuan kerusi rodanya
Lelaki yang lebih kurang seusia dengannya itu
Mencari sesuap nasi dengan hasil lukisannya..

Hanna tersentuh melihat satu lukisan
Lukisan yang seakan-akan wajahnya
Elok tersandar di sebelah lelaki itu
Sebaik Hanna mengangkat lukisan itu dari tempatnya,
lelaki itu menjerit memarahinya
Hanna terkejut
Begitu juga dengan lelaki itu

"Bintang...!!"
Tak semena-mena air jernih mengalir di pipinya
Hanna terus memeluk bintang
Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling
Kali ini dia takkan sekali-kali melepaskan bintang lagi
Bintang yang dulu pernah menerangi hidupnya
Memberi kekuatan dalam hidupnya
Hingga kini dia dapat mengecap kejayaan..

Bintang masih termangu-mangu
Seakan tidak percaya apa yang sedang berlaku
"Hanna..."
Hanya itu yang terucap dari bibirnya...



...Klik untuk baca lagi bintang yang menerangi...

Permulaan Kepada Permulaan..


'bila bermulanya langkah baru dalam mencipta buku baru
kita perlu sedar dengan apa yang berlaku
supaya buku baru tidak dicemari debu dulu...'

Assalamualaikum..
tanggal 29 mei,
bermulalah penorokaan saya dalam buku baru ini
demi memperoleh sedikit ketenangan
dan kedamaian
dengan cara tersendri..

diharap dengan terbukanya lembar baru ini
kita dapat berfikir sejenak
dan mengambil iktibar
tentang apa yang telah berlaku semalam...

As a new one,
several pages will be created ASAP.
So, rajin-rajinkanlah diri anda untuk meng'klik'
dan melihat2 apa yang terkandung di dalamnya...
Saya masih baru dalam dunia blog nih.
Masih dalam proses untuk
belajar.
Maaf jika ada yang terkurang..
tq..

plz support me kay...
peace.....;)



...Klik untuk baca lagi Permulaan Kepada Permulaan..