Sunday, August 29, 2010

Wujudkah Hadith Kelebihan Solat Tarawih...???

Pernah dengar pasal Kelebihan Solat Tarawih? Mesti pernah kan..?? Tiap-tiap kali Ramadhan menjelma, artikel-artikel mengenai kelebihan salat tarawih mula tersebar luas dan kita pula tanpa mengetahui kesahihannya terus membaca dan 'follow' dengan tujuan untuk memperbanyakkan ibadat di bulan Ramadhan.

Hadis yang dimaksudkan ialah hadis yang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. Sebahagian isinya adalah seperti berikut:

"Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan, antaranya:

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.. "

Dan kelebihan-kelebihan lain sehingga malam ke-30..

Saya pun sebahagian daripada orang yang mempercayainya sehinggalah seorang sahabat memberitahu tentang perkara ini. Saya pun terus google pasal benda nih. Setelah penat meng'google', akhirnya saya menemui jawapan daripada Portal JAKIM- Negeri Terengganu. Di bawah ini merupakan sebahagian daripada isi kandungan artikel tersebut.


Setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir.

Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.

Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah:

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

Marilah kita sama-sama menyebarkan perkara ini..;)


...Klik untuk baca lagi Wujudkah Hadith Kelebihan Solat Tarawih...???

Friday, August 27, 2010

Mandi Junub

Memang masih terlalu ramai yang tidak tahu cara mandi wajib yang betul. Ada tu yang ingat macam mandi biasa je tanpa mengetahui rukun-rukun yang betul. Artikel nih sengaja di'copy' untuk tatapan umum bagi tujuan berkongsi sedikit ilmu dari JAKIM.


Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


p/s:terima kasih kpd saudara Azarudin Bocheh untuk artikel ini..;)

...Klik untuk baca lagi Mandi Junub

Kecewa lagi??

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

...Klik untuk baca lagi Kecewa lagi??

Wednesday, August 18, 2010

Wait For You..

I never felt nothing in the world like this before
Now I’m missing you and I’m wishing you would come back through my door
Why did you have to go?
You could have let me know; so now I’m all alone

Girl you could have stayed but you wouldn’t give me a chance
With you not around it’s a little bit more than I can stand
And all my tears they keep runnin’ down my face
Why did you turn away?

So why does your pride make you run and hide
Are you that afraid of me?
But I know it’s a lie what you keep inside
This is not how you want it to be

So baby I will wait for you
Cause I don’t know what else I can do
Don’t tell me I ran out of time
If it takes the rest of my life

Baby I will wait for you
If you think I find it just ain’t true
I really need you in my life
No matter what I have to do
I’ll wait for you

Been a long time since you called me
(How could you forget about me)
You gotta be feeling crazy
How can you walk away
(When) Everything stays the same
I just can’t do it baby

What will it take to make you come back
Girl I told you what it is and it just ain’t like that
Why can’t you look at me?
You’re still in love with me
Don’t leave me crying

Baby why can’t we just start all over again
Get it back to the way it was
If you give me a chance I can love you right
But you’re telling me it won’t be enough

So baby I will wait for you
Cause I don’t know what else I can do
Don’t tell me I ran out of time
If it takes the rest of my life

Baby I will wait for you
If you think I find it just ain’t true
I really need you in my life
No matter what I have to do
I’ll wait for you

So why does your pride make you run and hide
Are you that afraid of me?
But I know it’s a lie what you’re keeping inside
That is not how you want it to be

Baby I will wait for you
Baby I will wait for you
If it’s the last thing I do

Baby I will wait for you
Cause I don’t know what else I can do
Don’t tell me I ran out of time
If it takes the rest of my life

Baby I will wait for you
If you think I find it just ain’t true
I really need you in my life
No matter what I have to do
I’ll wait for you
I’ll be waiting …


...Klik untuk baca lagi Wait For You..

Bangun Semula..

Pernah dengar lagu Bangun Semula? Kalo peminat2 indi band tau la kot.. Ni aku nak kongsi sket terutama pada member2 yang baru dilanda tsunami dalam hubungan percintaan mereka.. Tok sah sedeh2 lagi na....;)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



kali pertama berjumpa senyuman mu oh manisnya
bersamamu oh indahnya terhenti saat ketika
lantas aku tidak sedar semua bohong belaka
ku hanyut dan jadi leka kau janji akan setia

tiada yang peritnya
dari jatuh dan ditinggalkanmu
pedih sakit luka kini kubangun semula

kekuatanku ini hanya Tuhan yang mengerti
disini aku berdiri
ku tak perlukan kau lagi

kali pertama berjumpa senyumanmu oh manisnya
bersamamu oh indahnya terhenti saat ketika

tiada yang peritnya
dari jatuh dan ditinggalkanmu
pedih sakit luka
kini ku bangun semula

kekuatanku ini hanya Tuhan yang mengerti
disini aku berdiri
ku tak perlukan kau lagi

awalnya indah semua
namun akhirnya bencana
aku tegar takdir dan karma
hidup ini ada penuh suka dan duka
aku bangun semula

kutertipu darinya
teman penghibur duka dan lara
jelas kau pendusta
kau memang tidak benar

tiada yang peritnya dari jatuh
dan ditinggalkan mu
pedih sakit luka
kini ku bangun semula

kekuatanku ini hanya Tuhan yang mengerti
disini aku berdiri
ku tak perlukan kau lagi

...Klik untuk baca lagi Bangun Semula..

Sunday, August 15, 2010

Jasin Oh Jasin...


Bismillahhirrahmanirrahim...

Diam tak diam dah 4 Ramadhan dah.. Aku masih sibuk dengan buku-buku sturcture analysis. Almaklumlah esok (15 Ogos 2010) aku akan menghadapi first test ECS308...the killer subject..huahuahua..

Sedang aku 'take 5' dari study (amek mase jengah FB jap..heheh), aku terkejut dengan kiriman video dari seorang teman...video yang memaparkan kejadian ribut di Bazar Ramadhan Jasin..Kampung aku tuh!! Ape lagi tanpa berlengah lagi aku pun terus tengok rakaman tu..


Ya Allah, aku terkejut dengan keadaan tersebut di mana khemah-khemah berterbangan bak sehelai kertas yang ditiup angin kipas. Kawasan bazar menjadi tunggang langgang dengan semua barang-narang bersepah-sepah. Kemudian aku baca komen-komen dari rakan-rakanku perihal kejadian tersebut. Lebih memeranjatkan aku ialah ada nyawa turut hilang..

Rasa sedih dan insaf tiba-tiba menyelubungi hati ini bila mengenangkan kejadian tersebut. Walaupun aku tidak berada di sana di waktu kejadian, tapi aku masih dapat bayangkan bagaimana perasaan mereka yang mengalaminya sendiri di depan mata mereka sendiri..

Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa.. Dia mengetahui segalanya baik mahupun buruk. Pasti ada hikmah di sebalik kesusahan yang diturunkan. Atau mungkin sebagai peringatan kepada umatNya tentang Hari Kiamat yang akan datangnya bila-bila masa sahaja. Kepada yang masih hidup, jadikanlah ia sebagai pengajaran dan peringatan kepada diri sendiri agar pempersiapkan diri untuk menghadapi hari tersebut. Wallahu'alam...








...Klik untuk baca lagi Jasin Oh Jasin...

Saturday, August 14, 2010

Wasiat hati...



Awak,
nanti kalau air mata saya jatuh
awk kesatkan ye?
supaya ada simpanan di kala saya bergembira
sebagai tanda syukur..


Awak,
nanti kalau saya terjatuh
awak papah saya tau
sebab saya nak teruskan perjalanan saya
sebelum terlambat..

Awak,
nanti kalau saya tersalah jalan
awak tegurlah saya
supaya saya tak tersalah masuk
ke lorong 'dilarang masuk'

Awak,
nanti kalau saya tiba-tiba diam seribu bahasa
awak berboraklah dengan saya ye
takut-takut saya dikuasai khayalan

Awak,
nanti kalau awak nampak saya tertidur
awk kejutkan saya tau
sebab saya nak beribadat di sepertiga malam
sementara masa masih ada

Awak,
tapi kalau awk kejut saya tak bangun-bangun jugak
awak angkatkan jasad saya ye
mungkin saya dah letih
awak baringkan saya di pembaringan yang sebenar tau
supaya tidur saya tenang

dan awak,
jika saya sudah lena di pembaringan
awak kirimlah doa untuk saya
agar damai dihati saya
kerana menerima doa dari orang tersayang

lagi satu awak,
kalau wasiat ini sampai ke tangan awak
dengan selamat
maka ketahuilah bahawa
awaklah insan yang saya nanti-nanti
sepanjang saya terjaga..



...Klik untuk baca lagi Wasiat hati...

Thursday, August 12, 2010

ade masa ke tak nih..??


Assalamualaikum

terasa lama benar tak menjengah-jengah blog ku ini..
Ini suma gara-gara kesibukan yang terlampau sehingga tak da masa nak menjengah.. Betapa rindunya aku nak menulis, tapi tiada kesempatan waktu..

Semester baru mengajarku untuk lebih kuat berusaha. Subjek yang akan kupelajari sepanjang semester ini lebih mencabar berbanding semester-semester yang lepas. Antara subjek-subjek yang kupelajari ialah:


  • basic hydraulics
more to flow in pipes..macam-macam jenis pipe ade..;)

  • surveying
introducing of surveying equipments, surveying techniques and analysis..

  • survey practical
mengaplikasikan ilmu yg telah dipelajari dalam subjek surveying..berpanas lah kami seperti mereka-mereka yang mengambil sains geomatik..;)

  • structural analysis
kira-mengira force and moment seperti semester-semester yang lepas, tapi lebih mencabar lagi dan teknik nya juga bertambah...;)
  • structural concrete design
design concrete lah...kira mengira banyak jugak dengan berpandukan BS8110 (British Standard 8110)..;)

  • highway engineering
subject paling best aku rasela..on dis subject, we hav studied bout solid theory and practical foundation for planning, designing and da operational of traffic system.

  1. basic civil engineering quantities
more to duin on BQ and taking off sheet la...;)


(rase macam dah terlambat je nak tulih pasal nih..heheh)

Aku juga bertemu dengan kawan-kawan baru yang menjadikan aku lebih berani tampil di khalayak umum. Aku makin banyak meng'involve'kan diri aku dengan aktiviti luar, yang membolehkan aku memperoleh pengalaman baru.. (padehal nak kumpul stiker je..hahah)
baru-baru ni aku telah menyertai pertandingan dekorasi T-shirt sempena FESKEM (Festival Kemerdekaan). Kami berjaya memperoleh tempat ke-2..(waahhh..heheh)


Setelah pelbagai dugaan ditempuhi, semester baru ini aku diduga lagi dengan tahap kesihatan yang tak berapa nak stabil. Kalau sebelum ni nak demam pun susah, sekarang aku mudah betul dapat demam. Kepala pun makin sakit dari hari ke hari hingga memaksaku ke hospital jam 1.00pagi.. Walauapapun, itu semua kurniaan Allah kepadaku. Aku redha dengan ketentuanNya. Mungkin semua ini hanyalah untuk menguji tahap kesabaran dan keimananku kepadaNya atau mungkin juga sebagai penebus kesalahan dan dosaku yang lalu..




...Klik untuk baca lagi ade masa ke tak nih..??

Cinta...


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu..

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta nafsu..
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling dariMu..

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan menyeru manusia
kepadaMu..




...Klik untuk baca lagi Cinta...

Tinta Buat Teman...


Aku tahu hatiku tidak sesuci hati Mariam
Menasihatimu, membimbingmu aku tak mampu
Tapi aku cuba menghijrahkan hatiku
Demi persiapan untuk menemui Yang Satu

Aku tahu aku bukanlah ustazah atau ibumu
Menegurmu bagaikan mencurah ke daun keladi
Tapi aku ikhlas membawamu bersamaku
Menuju ke jalan yang pasti lebih baik


Aku tahu kubur kita tak sama
Katamu aku tak perlu peduli
Tapi kita masih bersaudara
Usahlah kau menafikan lagi

Aku mungkin tidak berjaya mempengaruhimu
Pengaruh dunia lebih hebat dari jalan yang aku lalui
Tapi aku tetap berdoa untukmu
Agar kau dapat kembali ke jalan yang pernah kau lalui itu..
Amiiiinnn...

...Klik untuk baca lagi Tinta Buat Teman...