Monday, June 28, 2010

Bercakaplah dengan cara kita...

"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berbicara yang baik atau diam sahaja"
Hadis riwayat Bukhari

Bercakap pasal seni berbicara ni, cuba kita ingat-ingat balik cara kita bercakap selama ni. Adakah orang sekeliling dapat menerima cara percakapan kita? Atau tanpa kita sedar orang sering tersinggung dengan cara kita berbicara? Mungkin apa yang cuba disampaikan itu betul tapi kurang tepat cara penyampaiannya..Bukan ape,orang yang menulis ni pun kadang-kadang bukanlah betul sangat bila bercakap. Jom kita sama-sama praktikkan list kat bawah nih...;)


  1. Lembut/sopan santun..
Bercakaplah dengan lemah-lembut terutama semasa berhadapan dengan samseng atau orang yang berkasar dengan kita, supaya mereka ingat dan takut. Kan kasar tu lawannye lembut. Ini adalah didikan Allah kepada Nabi Musa semasa ingin berhadapan dengan Firaun. Kalau tiba-tiba terasa nak berkeras gak, cuba ingat kata-kata nih, "Kamu tidak sehebat Musa dan mereka tidak sejahat Firaun, tetapi Musa tetap mendatangi Firaun dengan lemah lembut"
Sesuai dengan potongan surah ini:

"Maksudnya: Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah-lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut"
Surah Thaha :ayat 44

  1. Sederhana je..
Bercakaplah dengan suara yang sederhana je. Tidak perlu terlalu kuat dan terlalu perlahan hingga menyukarkan pendengar untuk mendengarnya. Jika nada kita ter'tinggi' sedikit daripada suara yang diperlukan, takut-takut pendengar akan tersinggung atau terganggu.

"Maksudnya: Dan bersederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai"
Surah Luqman: Ayat 19

  1. Hormat..
Pandanglah muka orang yang sedang bercakap. Inilah salah satu contoh akhlak Nabi yang sentiasa hormat sesiapa je yang datang berjumpa dengannya. Tak hairanlah ramai yang terpikat dengan agama Islam jika Nabi yang menjadi modelnya.

  1. Shh...elakkan berbisik..
Elakkan berbisik..Biasakan diri untuk berterus-terang dan jujur ketika bercakap. Lebih baik bergaduh ketika bercakap daripada menyimpan dendam kerana hasilnya, kita mesti akan buruk sangka dan 'terasa'. Luahkan apa yang tak puas hati, bicara dengan lembut dan beradab seperti diatas. Itu lebih berkesan daripada terus berprasangka.

  1. Suasana dan ketika yang sesuai..
Orang yang mengendahkan keperluan pendengarnya selalunya akan melunturkan 'keberkesanan' kata-kata dan isinya. Kadang-kadang bercakap berdua je lebih elok dari menyindir di depan umum. Kadang-kadang pula bercakap terus sebaik sesuatu kejadian berlaku lebih mengesankan berbanding simpan dulu untuk suatu masa. Dan adakalanya lebih baik jika tidak diluahkan. Banyak situasi yang kita kena faham dan bijak untuk dipadankan. Antara kesemua tips di atas, tips inilah yang sering kita lupakan dan sering tersilap..


Walau apa pun, sesungguhnya manusia tak dapat lari dari melakukan kesilapan. Manusia cuma dapat mengurangkannya dengan cara mengelak. Apapun, jika rakan kita ada yang menyinggung kita, maafkanlah ia kerana perasaan memaafkan itu amat indah jika kita ikhlas memaafkan. Mungkin rakan kita tu tak sedar apa yang dikatakan. Jika terlalu melampau, luahkan apa yang kamu tersinggung kepadanya. Katakan dengan lemah-lembut dan di tempat yang betul. InsyaAllah perkara tu takkan berulang lagi. Wallahu'alam..


...Klik untuk baca lagi Bercakaplah dengan cara kita...

Saturday, June 26, 2010

Nur Alya Sofia....


Nur Alya Sofia....
begitu besar rahmat yang datang bersama kelahiranmu
mengakhirkan sebuah permusuhan
memulakan impian baru..

Nur Alya Sofia...
walau kau masih tidak mengerti ragam dunia
kau teramat istimewa
menjadi lambang kasing sayang kedua ibu bapa
menjadi pengikat kasih antara keluarga yang hampir musnah
kau lah anugerah dari Allah untuk kami

Nur Alya Sofia...
Ingin sekali kumahu kau tahu
betapa istimewanya dirimu
tidak mudah untuk menjagamu
menjadikan dirimu senang dihati semua

Nur Alya Sofia...
Andai dapat kau baca coretan hati ini
Pasti kau tersentuh
pasti tidak kau sangka
betapa dirimu disayangi semua..
Semoga dirimu membesar sebagai seorang gadis yang solehah...
Amiinnn.......


...Klik untuk baca lagi Nur Alya Sofia....

Friday, June 4, 2010

Sabtu tanpa BEG PLASTIK

Kempen Tanpa Beg Plastik sudah lama dijalankan namun tidak dikormersialkan secara menyeluruh. Hasilnya ramai pengguna tidak tahu bahawa setiap Sabtu adalah hari tanpa beg plastik. Saya pun baru tahu tentang kewujudan kempen ini bila terbaca HarianMetro hari ini..hahahaha...

Walau apapun, saya nak menyahut seruan kerajaan untuk menyeru pengguna lain agar mempraktikkan kempen yang dilancarkan ini. Sama-samalah kita menyebarkan tentang maklumat ini untuk menyelamatkan bumi kita dan kebaikan bersama...

Jadi, lepas ni kalau nak ber'shopping' pada hari Sabtu, sila-silalah membawa beg sendiri untuk mengisi semua barangan anda kay? Usah biarkan para peniaga mengambil kesempatan dengan kempen ini untuk menjual beg plastik dengan harga 20sen. Walau hanya 20sen, namu
n jika didarabkan dengan 100 orang pengguna yang tidak mengendahkan kempen mudah ini? Agak-agak berapa nilai 20sen itu sekarang?? Fikir-fikirkanlah...;)

...Klik untuk baca lagi Sabtu tanpa BEG PLASTIK

Tuesday, June 1, 2010

Ego vs Rindu..


Semalam ku dikejutkan dengan SMS dari seseorang yang jauh dimata...
"Ija exam bila? Blek bila? Ayah slalu tanya. Sampai akak pun dia ingat ija. Mak kata ujung bulan ni pija balik la, lepas abis project n kursus
.."

Tiba-tiba aku teruja dan agak terkejut membaca statement 'ayah slalu tanya'. Ayah tak pernah menyatakan yang dia sayang anak-anaknya. Aku terharu.. Tak sedar kedua pipiku sudah dihujani air mata. Tak semena-mena keinginan untuk pulang ke kampung membuak-buak. Dalamnya rinduku pada keluarga tak siapa yang tahu. Betapa kurindu pelukan ibu. Kurindu saat-saat ibu meminta badannya diurut. Kurindu senda-gurau bersama abang dan kakak. Kurindu melihat keletah adik. Kurindu melihat aksi kura-kura peliharaanku menarik perhatian orang, meminta agar diberi makan. Kurindu segala-galanya di kampung.

Ternyata setinggi mana pun ego seorang ayah, tumpas juga bila rindu mula menjengah di balik pi
ntu hati. Bak kata pepatah, air dicincang tak kan putus.. Aku sedar, walau segarang mana pun ayah, dalam hatinya tetap ada rasa sayang.
Tak dinafikan pernah suatu ketika dulu terkeluar dari mulut ayah satu ayat yang sangat pedih dan menyentap hati kecilku..

"Buat ape balik rumah selalu!? Kalau kau tak balik pun tak pe la. Aku tak de anak kurang ajar macam kau!? Kau keluar rumah sekarang!!!"
Betapa sedihnya aku ketika itu. Ibu yang mendengar ucapan ayah hanya mampu menepuk bahuku tanda menyuruhku sabar. Kalaulah aku seorang anak yang kurang ajar, memang sudah lama aku melawan. Itu bukan pertama kali aku kena ayah. Tapi apakan daya, dia tetap ayahku. Aku tak boleh membencinya walau seteruk mana pun dia mencaci aku.
Sebagai seorang anak, ingatlah. Walau seteruk mana pun ibu bapa kita, walau siapapun ibu bapa kita, jangan sesekali membenci mereka. Kerana merekalah kita hidup di dunia dan kerana mereka jugalah saya mampu bercerita di sini sebagai peringatan kepada semua dan juga diri saya..

...Klik untuk baca lagi Ego vs Rindu..