
Seperti biasa, setiap kali menjelangnya Hari Raya Aidilfitri, semua pakat-pakat nak mintak maaf. Padahal kalau nak mintak maaf bila-bila pun boleh. Da jadi budaya kita la katekan... Bila hari raya baru nak mintak maaf. So aku pun nak gak mintak maaf kat semua yang mengenali diri ini especially to my beloved family and friends kot-kot ada lagi yang aku terlupa atau pernah buat silap tanpa aku sedar..
Kepada kedua ibu bapa ku, Puan Halijah binti Othman dan Tuan Ghazale bin Haron, terima kasih kerana banyak bersabar dengan karenah aku yang kadang-kadang agak keterlaluan. Neway, ija sayang mak n ayah sangat-sangat.. (^_^)
Kepada abang yang tua, Encik Mohd Firdaus bin Ghazale, terima kasih kerana memanjakan aku..(-.-)
Kepada kakak yang comel, Cik Nurliyana binti Ghazale, terima kasih sebab selalu mengalah dengan adik yang sorang nih..;p
Kepada adikku yang gila game, Encik Muhammad Ramzi bin Ghazale, kamu memang lebih degil dari kakakmu ini. Tapi jangan risau, kakakmu ini sentiasa menyayangimu..=p
Kepada kawan-kawan sekelas ku, ECD5Ge & ECD5Ee, maafkan aku jika selama kita sekelas nih, aku ade menyinggung perasaan sesiapa samada dalam sedar mahupun tidak. Sorry guys..
Sesungguhnya manusia tak pernah dapat lari dari melakukan kesilapan, termasuk aku. Janganlah kita menyimpan dendam sesama kita di dalam hati. Kerana dendam itu amat pedih jika lama diperam dan akan menjadi hitam jika terlalu banyak di dalam hati..
Kepada rumate ku dan juga ex-rumate ku dan sesiapa juga yang pernah sebilik dengan ku, wanie, kak Thira, idah, emmy, maafkan aku kalau aku ade terhempas pintu tanpa sengaja. (pintu tu dah x ketat cam dulu la..heheh) Maaf jugak kalau tak selesa dengan cara aku blajar sambil menyanyi..(ngantuk kalo xdengar lagu..) dan tak lupa jugak terima kasih sebab teman ke hospital pagi-pagi buta time semua orang sedang nyenyak dibuai mimpi, thanks sebab sanggup tunggu untuk makan sama-sama setiap hari, terima kasih kerana sudi share apa je yang kita semua ada dan terima kasih yang tak terhingga sebab sangat memahami jika aku ada masalah.
Kepada rakan baikku sekalian,
Cik Nurul Syafika Sabre,
Cik Afiqah Zakaria, Cik Nur Atiqah Hussin, Cik Nurul Atika Wahab, aku sayang kamu sekalian..Maafkan segala kekhilafan ku.. Terima kasih untuk moment-moment berharga yang kita sama-sama cipta. Miz all dat things...Raya nanti mai la umah ye??
Dan khas buat sahabatku yang jauh, saudara Fakhran Asyraq, maafkan aku...aku tahu kesilapanku itu amatlah besar bagimu. Tapi sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa.. Jika kamu fikir aku ni terlalu sensitif, ya memang benar.Tapi aku sensitif kepada mereka-mereka yang memberi makna dalam hidupku sahaja. Itulah tanda aku mengambil berat dan sayang aku kepada mereka. Kalau orang laen berdiam diri dengan aku, aku tak kesah. Tapi kalau mereka yang rapat denganku mendiamkan diri dariku, pasti aku kesah.. Sekali lagi aku memohon jutaan kemaafan..
Sayangnya aku terhadap persahabatan yang da terjalin hampir 5 tahun ini hanya Allah yang tahu. Betapa sucinya persahabatan kita hanya Allah yang dapat menilainya. Saat aku jatuh, kau ada untuk memapahku hingga aku bangun semula. Saat aku bersedih, kita sama-sama menangis. Saat kau bercerita tentang masalahmu, aku turut merasa keperitanmu itu. Begitu juga kamu. Itulah sahabat yang sebenar..
Andai kini kau sedang membaca tulisanku, Alhamdulillah...Bermakna kamu masih kesah tentang aku. Dan kuucapkan terima kasih kerana sudi melawat ke blog yang tak seberapa ini. Sejak kau tiada, di sinilah hatiku berbicara. Dan namun jika sebaliknya, kudoakan semoga satu hari nanti kau akan memaafkan aku juga..Aminn Ya Rabb....
Sekian saja salam kemaafan buat kali ini.. Semoga yang berlalu menjadi pengajaran buat kita semua agar tidak mengulangi kesilapan dulu. Bagi hari-hari yang bakal mendatang, tempuhilah dengan rasa syukur kerana masih diberi kesempatan untuk menjengah lagi ke episod akan datang..
Wassalam..
...Klik untuk baca lagi Salam Lebaran