Irama Cintaku

Irama cintaku...
Nukilan: HanaFiera…










Pagi-pagi lagi Hanna sudah dikejutkan dengan panggilan daripada Encik Saifol. Takkan dia tahu aku datang lambat kot? Hish siapa yang bagi tahu dia ni…Baru first time aku buat salah dah kena panggil. Kalau orang lain tu yang hari-hari datang lambat tu tak pulak pernah kena panggil. Ni yang buat aku kecut perut ni nak masuk bilik dia.
“Encik nak jumpa saya?”, soalku sambil buat muka selamba. Padahal dalam hati kalut betul aku. Yang Encik Saifol ni senyum-senyum pulak apasal? Manisnya... Aduh naik lemah lutut aku dibuatnya. Ishk, ishk...

“Sebenarnya bukan saya yang nak jumpa awak. Tapi... kawan lama awak ni yang nak sangat jumpa awak. Maklumlah dah lama tak jumpa. Mestilah rindu”, dengan suara romantiknya itu Encik Saifol dengan selamba membalas pertanyaanku sambil mengarahkan ibu jarinya ke arah seorang pemuda kacak di hadapannya. Saifol memang terkenal dengan sifat lemah-lembutnya walaupun terhadap pekerja bawahannya. Termasuklah aku...Siapa tak suka mamat perfect macam ni kan? Eh. Berangan pulak aku ni! Siapa yang nak jumpa aku tadi?

“Nak jumpa saya? Kawan lama? Siapa? Setahu saya, saya tak...” serta merta Hanna terkedu sejurus terpandang seorang jejaka tampan berkulit hitam manis yang duduk di sebelahnya. Terkesima lapan saat aku dibuatnya. Apa taknya mamat ni pandang aku semacam je dari tadi.

“Hai...”, sapa pemuda itu ramah.

“Hai...”, jawabku ringkas sambil membalas senyuman pemuda tersebut. Siapa pulak mamat ni yang berani mengaku kawan lama aku? Hmmm...macam pernah kulihat. Tapi di mana ya? Tiba-tiba aku teringatkan seseorang. Eh, takkan kot! Hish... tak mungkin... Tak mungkin dia boleh ada kat sini.

Er...er...Ed ke?”, tekaku. Teragak-agak aku menyebut nama itu. Terlalu lama nama itu tidak terluah dari mulutku. Aku tak tahu perasaan apa yang telah menguasai tubuhku pada waktu ini. Mungkinkah ini yang dikatakan rindu?

“Of course me...!”, balas pemuda itu ramah. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Matanya tidak lepas dari terus memandangku, membuat aku tidak keruan ditenung sedemikian.

“Ya Allah...macam mana kau ada kat sini pulak? Bukan ke sekarang ni kau kerja kat MARDI di Keluang? Baru semalam kita chatting, kau dah ada kat depan mata aku pulak hari ni. Pelik betul”. Bukan main gembira lagi Hanna. Apa taknya, semenjak dia menamatkan pengajiannya di salah sebuah cawangan UPM di Bintulu, dia telah terputus hubungan bersama rakan-rakan sekolejnya. Wah, makin handsome lak dia! Patutlah aku tak cam dia tadi. Hanna tersenyum sendirian. Hatinya kembali berbunga.

“Well... Takkan kau tak kenal aku kot. Aku kan...”

“Ok, ok cukuplah tu. Lepas ni you all boleh sambung jejak kasih you all tu. Tapi sekarang dah jam 8.30 pagi. Kejap lagi stok baru akan sampai. Kamu berdua boleh pergi sekarang”, arahan Encik Saifol mengembalikan Hanna ke alam nyata. Dia hampir terlupa di mana dia berdiri kini.

Baiklah Encik Saifol. Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu”, jawabku tanpa membantah.

“Saya? Hai, hari tu beriya-iya benar awak mengadu kat saya yang awak tak menang tangan buat kerja sorang-sorang. Bila saya dah carikan awak pembantu, awak buat-buat tak tahu pulak ya?”.

“Pembantu? Er...tapi siapa?”, soalku inginan kepastian.

“Siapa lagi kalau bukan Khalid. Ada orang lain lagi ke dalam bilik saya ni wahai Cik Hanna...?”. saifol sedar Hanna masih kabur. Dia hanya tersenyum melihat Khalid yang sedari tadi asyik merenung pekerjanya itu.

“Khalid?”.

“Yelah, aku lah tu. Siapa lagi yang sanggup kerja dengan perempuan panas baran macam kau ni kalau bukan aku yang penyayang ni...”, sakat Khalid. Terubat juga akhirnya rindu yang lama terpendam di lubuk hatinya itu apabila dapat menatap wajah satu-satunya wanita yang berjaya mencuri hatinya dahulu hingga kini. “Semalam kau yang nak sangat aku kerja dengan kau kan? Erm, oklah dah habis kerja nanti kita sambung cerita lagi”. Khalid terus berlalu meninggalkanku yang masih dalam kebingungan. Dalam pada itu, kedengaran ketawa kecil keluar dari mulut Encik Saifol.
*****

“Kau ni Ed. Aku baru nak relax kat rumah tau. Ni lah first time Encik Saifol bagi aku balik awal tau”, Hanna pura-pura merajuk.

“Eleh kalau bukan aku yang suruh, tak jugak kau dapat balik awal macam ni...”.

“Maksud kau?”.

Setelah diceritakan perkara sebenar, barulah Hanna mengerti dengan situasi sebenar. Rupa-rupanya Khalid dan Saifol adalah sepupu. Sejak kecil lagi hubungan mereka sangat rapat. Cuma semenjak tamat persekolahan, mereka membawa haluan masing-masing. Telah sekian lama mereka tidak berjumpa dan bertemu kembali di majlis pertunangan Saifol baru-baru ini. Saifol turut mengundang semua pekerjanya. Malangnya Hanna tidak dapat turut serta rombongan pejabatnya kerana tugas yang tak dapat dielakkan. Menurut Ed lagi, Saifol sudah terlebih awal menawarkannya bekerja di tempat kerjanya sebagai Pengurus Barangan iaitu sejawat denganku di tempat yang sama sebelum aku mempelawanya.

Malam itu, aku menghabiskan masaku bersama Ed. Mula-mula makan, lepas tu kami jalan-jalan di sekitar kawasan berdekatan. Last sekali aku di bawa ke satu kawasan yang aku sendiri tak pernah pergi. Yelah asyik kerja je memanjang, sampai cuti pun tak sempat nak ambil. Rupa-rupanya di belakang bangunan pejabatku terdapat sebuah kawasan taman bunga yang luas! Wah, tenang rasanya berada di situ! Haruman bunga-bungaan yang terdapat di sekitar taman  membuat sesiapa sahaja tidak jemu bertandang. Dengan ditemani angin sepoi-sepoi bahasa dan disaksikan bulan dan bintang di langit, aku dan Ed duduk berdua di bawah satu pohon rendang. Tepi tasik lagi tu...Fuhh..dah macam pasangan kekasih lah pulak...!

Walau apa pun, Hanna benar-benar bahagia malam itu. Seolah-olah dia telah dapat apa yang dia cari selama ini.

“Tak ada ke siapa-siapa marah kau balik lambat ni?”, tanya Ed serius tiba-tiba.

“Tak. Kat sini aku duduk sorang je. Siapa yang nak marah aku? Lagipun hampir setiap malam aku balik lambat. Tapi cuba kau bayangkan kalaulah emak aku ada. Mesti hari-hari aku kena dengar dia berleter je lah!”, ujarku dengan senyuman. Wajah ibu tersayang tergambar di ruang mata.

“Habis tu takkan pakwe kau tak marah?”. Khalid cuba menduganya. Sudah lama dia tidak bertemu dengan gadis hitam manis itu. Teringin juga dia mengetahui perkembangan gadis itu.

“Tak lah. Kau ni pun takkan tak kenal aku kot. Aku bukannya ada masa nak cari pakwe ni. Kau pun dah rasa kan betapa sibuknya aku tadi. Hidup sendiri pun tak terurus, apa lagi nak uruskan hidup orang”. Berbunga hati Khalid mendengar jawapan dari bibir mungil milik Hanna.

“Kalau macam tu kita balik pukul 12.00 pagi ye, sayang...”, gurau Khalid.

“Suka hati kaulah Khalid. Kalau aku bantah aku nak balik dengan apa?”, jawabku acuh tak acuh. Aku tersenyum. Khalid...Khalid...tak berubah jugak kau ye?

Setelah hampir 12.00 pagi, Khalid menghantar Hanna pulang. Hanna meninggalkan keretanya di bawah pejabat kerana Khalid berjanji akan menjemputnya pagi esok. Aku terpaksa akur memandangkan tiada pilihan lain.

“Ok, aku balik dulu lah ye? Pastikan tepat jam 7.30 pagi esok kereta kau dah pun ada kat depan rumah aku. 

"Ok, bye...”.

“Er...Hanna!”, jerit Khalid sebaik saja aku mula mengatur langkah. Aku menoleh. “Thanks sebab temankan aku malam ni”, ujar Khalid perlahan. Aku tersenyum mendengar ucapannya itu. Aku kembali mengatur langkah. Namun belum sempat aku melangkah, sekali lagi namaku dipanggil.

“Kau ni kenapa, Ed? Kalau nak cakap, cakap je lah...”. mataku yang terasa berat membuat aku semakin hilang sabar dengan karenah Khalid pada malam itu.

“Er...good night sayang...”, ujar Khalid pendek dengan nada romantisnya. Mataku yang tadinya berat kembali celik. Kenapa dengan si Ed ni? Mengantuk sangat ke sampai cakap pun dah tak betul? Aku hanya tersenyum mendengar ucapannya itu. Aku kembali mengatur langkah. ‘Good night, Ed...’
*****

“Sebenarnya saya suruh dia masuk kerja hari ni. Tapi entah kenapa dia beriya-iya benar nak masuk kerja semalam. Hai, adalah tu yang buatkan dia bertenaga nak kerja tu”, ujar Encik Saifol kepadaku perihal Khalid. Apa kena mengena pulak dengan aku? Encik Saifol panggil aku semat-mata nak cakap pasal Ed? Dia orang ni makin buat aku pening la.

“Kenapa diam?”, soal Encik Saifol pendek. Aku tersentak.

“Er..tak ada apa-apa. Cuma saya pelik. Kenapa Encik Saifol bagitau saya semua ni?”

Saifol tersenyum. Senyumannya membuat Hanna semakin bingung. Mesti ada sesuatu yang mereka sorokkan daripada aku ni. Nanti kau Ed!

“Kenapa Encik senyum? Lawak ke apa yang saya cakap tadi?”, aku tidak dapat menahan rasa ketidakpuasan hatiku lagi terhadap reaksi yang ditunjukkan Saifol.

“Eh, tak..tak...Sorry sebab buat awak tersinggung. Saya tak bermaksud macam tu pun...”, ujarnya sambil menahan tawa yang masih bersisa. Aku berasa lebih tenang dengan ucapan Saifol itu.

“Opps..sorry.. Aku tak tau pulak yang kau ada tetamu”, tiba-tiba kedengaran suara Khalid dari arah belakang.

“Eh, tak pe...tak pe...masuklah. aku pun kebetulan ada benda nak cakap dengan kamu berdua ni’. Khalid menghampiri Hanna dan Saifol. Entah mengapa hari itu Hanna terasa sedikit kekok berhadapan dengan Khalid.

“Apa dia?”, soal Khalid.dalam masa yang sama, dia mencuri-curi pandang ke arah gadis di sebelahnya itu. Gadis yang selama ini berjaya menawan hatinya.

“Macam ni... Sepatutnya aku kena attend satu majlis makan malam antara pengurus-pengurus KFC kat Hotel C’ Star, bulan depan. Tapi kebetulan pulak aku ada meeting kat Jepun waktu tu. Jadi, kalau kamu berdua tak kisah, aku nak Khalid dan Hanna jadi wakil aku malam tu, boleh? Aku tak boleh miss meeting tu sebab meeting tu penting sangat”.

“Habis tu siapa yang nak ambil alih semua kerja kami nanti, encik?”, soal Hanna inginkan kepastian.

“Itu awak jangan risau. Saya dah check jadual kamu berdua untuk hari itu. And luckily,hari itu kamu berdua memang tak banyak kerja. Sebab tu saya mintak bantuan kamu berdua”, terang Saifol lagi.

“Nasib baik aku dapat bos yang cekap macam kau!”, ujar Khalid. Saifol tersenyum. Serta merta dia teringat tentang perbualannya dengan Hanna sebelum kemunculan Khalid tadi. Dia kembali tersenyum.
*****

“Khalid...Khalid... Sampai bila kau nak rahsiakan daripada dia? Kau cakap kau dah lama kenal dia kan? Tapi kenapa sampai sekarang kau tak pernah cuba tanya dia...?”.

“Bukan aku tak nak cakap. Tapi aku takut dia tolak je. Memang dah lama aku pendam perasaan. Tapi...tulah masalahnya. Aku takut kena reject je...!”.

“Baik kau cepat, Ed. Dia dah kerja kat bawah aku nak dekat dua tahun tau. Aku kenal sangat dia tu macam mana, dengan siapa dia selalu keluar, apa dia selalu buat kat office, semuanya aku tau. Baru-baru ni aku dengar makcik cleaner kat bawah tu gosipkan si Hanna tu dengan si Hanif bahagian promosi. Tu ha! Budak-budak bawahan kau orang tu pun aku dengar ade yang menaruh hati kat buah hati kau tu. Bukan apa, aku takut kau gigit jari nanti tengok dia berkepit dengan jantan lain. Baru padan dengan muka kau!”.

“Berani dia berkepit dengan jantan lain! Sekali aku karate jantan tu baru dia tau siapa Ed!”, ujar Khalid separuh berjenaka.

“Ha,ha,ha...!! Kau tau karate ke? Ada hati nak karate orang konon! Tak pasal-pasal kau yang kena karate nanti”, gurau Saifol. Gelak tawa mereka kedengaran hingga ke luar bilik. Pekerja-pekerja yang berada di luar bilik itu berpandangan sesama sendiri. Termasuk Hanna yang kebetulan berada di situ.
*****

“Cubalah kau bergaya sikit, Hanna. Takkan kau nak pergi majlis formal yang grand macam tu dengan baju macam ni je?”

“Kenapa? Tak ok ke aku selama ni?” jawab Hanna sambil melihat pakaiannya jika ada sesuatu yang cacat pada penglihatan Khalid.

“Tak lah. Cuma pakaian kau tu tak sesuai dengan job kau. Too simple la. Aku tau kau tak suka menunjuk-nunjuk. Tapi kadang-kadang tu kita memang terpaksa menunjuk-nunjuk sikit supaya orang kat luar tu tak pandang rendah kat kita. Aku tengok gaya kau ni dah macam akak kerani tu je. Takkan kau nak orang lain pun anggap kau macam tu jugak kot? Aku bukan saja-saja nak kritik gaya kau. Tapi kau sendiri ingat la. Kau tu bukan lagi student universiti. Sekarang kau orang kuat syarikat tau”, sambungnya lagi. Khalid terpaksa meluahkannya walaupun perat rasa hatinya ingin menyakiti hati insan yang paling disayanginya itu. “Aku pasti kau boleh terima kata-kata aku tu tadi. Aku tau kau ni open minded. So, aku harap kau dapat pertimbangkan apa yang aku cakap tadi”, ujarnya sebelum berlalu meninggalkan Hanna termangu-mangu sendirian.

“Eh, Ed! Tunggulah aku...! Aku tak tau la nak buat apa. Kau tolonglah aku...boleh kan?”

“Ermm...betul ke ni?”.

“Yela kau yang cakap aku ni tak bergaya kan? Kau tolonglah aku...”, balas Hanna separuh merajuk.

“Kalau macam tu kau mesti janji dengan aku yang kau akan dengar cakap aku. Tanpa sebarang bantahan dan rungutan! Promise...?”, ujar Khalid lagi. Senyuman terukir di bibirnya sebaik sahaja melihat anggukan dari Hanna.

Sepanjang hari mereka menghabiskan masa bersama. Banyak tempat yang mereka pergi. Dari butik pakaian, kasut dan juga tudung, semua telah mereka terokai. Semuanya pilihan Khalid. Hanna langsung tidak diberi peluang untuk memilih. Hanna tidak dapat membantah kerana dia sudah berjanji.

Setelah selesai membeli belah, mereka singgah ke pusat spa yang turut dilengkapi dengan perkhidmatan dandanan dan salun kecantikan yang terkenal di ibu negara. Segala perbelanjaan pada hari itu semuanya ditanggung oleh Khalid. Khalid sanggup memberlanjakan beribu-ribu ringgit hanya untuk kekasih hatinya itu. Dia sanggup melakukan apa saja untuk Hanna.
*****

Esok mereka akan menghadiri majlis makan malam tersebut. Nampaknya plan aku hampir berjaya. Hmm... tak sabar-sabar pulak aku nak tunggu malam esok! Bisik hatinya.

Lamunannya terhenti sebaik sahaja terdengar salah seorang pekerja di spa itu memanggil namanya. Alangkah terkejutnya dia apabila terpandang sesusuk tubuh yang sangat dikenalinya berdiri di sebelah pekerja spa itu.


Rupa Hanna benar-benar berbeza. Hanna bertambah manis. Blouse pink yang dibeli Khalid semalam tersarung di tubuh kecil milik Hanna. Dengan tudung putih berbunga pink yang dipakainya, Hanna kelihatan sangat ayu di mata lelaki Khalid. Hanna kelihatan bertambah muda walaupun usianya kini semakin meningkat. Sesekali mata nakal pekerja-pekerja lelaki di situ mencuri pandang ke arah wajah manis milik Hanna.

Betul ke apa yang aku tengok ni?macam tak percaya je. Pergh... cunnya hamba Allah sorang ni...! khalid seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia menampar pipinya sendiri. “Aduh!”.

“Kau ni kenapa, Ed? Tak pasal-pasal mengaduh pulak?”, soal Hanna kehairanan. Geli hatinya melihat reaksi Khalid.

“Lawa gila kau! Kalau macam ni lah gayanya, bolehlah aku usha kau..”, gurau Khalid semasa dalam perjalanan pulang ke pejabat. Dia ingin melihat reaksi gadis kesayangannya itu. Hanna hanya tersenyum melihat gelagat sahabatnya itu.

Malam itu tidak ada banyak kerja yang perlu diselesaikan mereka seperti yang telah diberitahu Saifol. Setelah tamat waktu kerja, Khalid mengajak Hanna makan malam bersamanya.

Ok, no problem punya! Tapi dengan satu syarat. Aku malas nak drive la Ed...Penat...”, ujar Hanna manja.

“No hal lah! Let’s go bebeh...!”, jawab Khalid selamba dengan gaya kebudak-budakannya.

Hana hanya mampu tersenyum. Sejak dari kolej lagi apa yang membuatkan Hanna tertarik untuk berkawan dengan Khalid adalah gayanya yang selamba. Khalid langsung tidak berasa segan silu untuk mempamerkan perangai sebenarnya. Tidak seperti rakan-rakan Khalid yang lain. Kononnya nak cover macho.

“Thanks for everything. Ok, bye...”, ucap Hanna. Dia menghadiahkan Khalid sebuah senyuman yang dirasakan paling manis pernah Khalid lihat.

“Bye...Eh, Hanna!”, panggil Khalid tiba-tiba.

Langkah Hanna terhenti sebaik saja terdengar namanya dipanggil. Hanna menoleh.

“Good night sayang...”

“Good night... Sweet dreams...”. mereka berdua tersenyum.
*****

Malam itu Khalid tidak dapat melelapkan matanya. Sebaik saja dia menutup mata, muncul wajah tenang milik Hanna. Serta-merta fikirannya melayang kembali ke zaman silam, zaman yang penuh dengan suka dan duka, saat bersama Hanna di Bintulu takkan pernah dilupakan.

“Mas! Sorang je ke? Nak pergi mana? Boleh aku temankan...?”, gurau Sapian kepada sepupunya, Mas Anita. Sapian gemar benar menyakat Mas. Dalam diam, dia menaruh hati terhadap gadis kelahiran Sarawak itu.

“Taklah. Aku berdua dengan roomate aku. Dia pergi jumpa Sara jap. Kami nak pergi makan. Nak ikut?”, pelawa Mas sambil matanya mencuri pandang ke arah pemuda hitam manis di sebelah sepupunya itu.

 “Er,,,kalau boleh memanglah nak. Tapi aku ada kelas kejap lagi. Mana kawan kau tu? Tak nampak pun?”, matanya meliar mencari-cari kelibat gadis yang dimaksudkan Mas.

“Tu...yang tengah berjalan ke arah kita tu lah kawan aku”.

Dari jauh Khalid dapat melihat kelibat gadis yang sudah lama dalam pemerhatiannya.  Gadis pendiam yang juga rakan sekelasnya.

Hanna yang sedar dirinya diperhatikan tiga pasang mata cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah Mas. Mas tersenyum melihat gelagat rakannya itu.

“Kenalkan Hanna, nilah sepupu aku yang selalu aku ceritakan kat kau tu. Namanya Sapian. Yang ni pulak roomate dia, Khalid. Guys! Nilah Hanna yang aku cakapkan tadi...”, terang Mas sambil menguntum senyum.

“Hai...”, serentak Sapian dan Khalid menegurku.

“Hai...nice to meet you all...”, balas Hanna sambil membalas senyuman mereka.

“Er, Hanna, Khalid, kau orang borak-borak lah dulu ye? Aku ada hal sikit nak cakap dengan Mas”. Sapian menarik lengan Mas jauh dari Khalid dan Hanna. Sapian yang tahu tentang rahsia hati Khalid cuba memberi ruang untuk dia memulakan salam perkenalan dengan Hanna. Khalid tersenyum tanda mengerti maksud kenyit mata Sapian.

Terasa kekok berhadapan dengan gadis hitam manis itu. apa aku nak cakap dengan dia ni? Khalid mati akal. Dapat dirasakan degupan jantungnya makin laju. Relax Khalid,relax.....

“Er...er... awak ni ambik jurusan Sains Kesiahatan Haiwan dan Ternakan kan?”, soal Khalid setelah mendapati Hanna seakan tidak selesa berdua-duaan dengannya di tengah orang ramai itu. Hanna sekadar mengangguk tanpa memandang wajah lelaki di hadapannya itu.

“Awak pun sama, kan?”. Setelah lama Hanna mendiamkan diri, akhirnya dia bersuara juga. Lega rasanya Khalid apabila mendengar suara manja keluar dari bibir mungil milik gadis itu.

Sejak hari itu, bermulalah bibit-bibit cinta di hati Khalid. Sejak berkenalan dengan Hanna, banyak rahsia tentang gadis itu dapat dikongsinya. Dari masalah keluarga hinggalah luahan hati gadis genit itu tentang hatinya yang sudah lama terluka. Semakin banyak yang dia tahu, semakin mekar rasa cintanya terhadap Hanna. Namun, dia masih tidak berjaya meluahkan isi hatinya terhadap gadis pujaannya itu. dengan sejarah silam hidupnya, masih adakah ruang untuk Khalid menabur benih-benih cinta dalam diri gadis itu? masih adakah ruang dalam hatimu untukku berkongsi hidup? Adakah kau sudi menerimaku seadanya?

Segalanya berakhir apabila Hanna terpaksa pulang ke Melaka kerana tiada tempat tinggal tetap di Bintulu setelah tamat pengajian. Sejak dari itu, hubungan mereka semakin renggang. Khalid tidak lagi menghubungi Hanna kerana kesibukan yang membatasi. Pernah juga dia cuba menghubungi gadis itu namun gagal. Mungkin dia sudah melupakanku....

Setelah genap sebulan Khalid bekerja di Bintulu, dia bercadang untuk pulang ke Kluang, kampung halamannya. Rindu rasanya dia pada keluarga di kampung. Khalid berjaya memperoleh pekerjaan di MARDI hasil usaha abangnya yang juga bekerja di tempat yang sama. Sekurang-kurangnya di kampung, dia dapat mengubat rindunya pada satu-satunya gadis yang pernah mengetuk pintu hatinya.

17 Februari 2013, aku ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu majlis pertunangan sepupuku yang sudah lama tidak kuhubungi. Walaupun sibuk dengan kerja baruku, namun aku cuba untuk menghadirinya juga. Alangkah gembiranya aku apabila sepupuku itu menawarkan aku bekerja di tempatnya bekerja sekarang. Tanpa berfikir panjang, aku lantas menerima pelawaannya itu. menurut sepupuku itu lagi, aku dikehendaki memulakan pekerjaanku pada 21 Februari, iaitu seminggu selepas hari pertunangannya. Walaupun tempoh satu minggu itu terlalu singkat untuk Khalid menguruskan proses perletakan jawatannya, namun semua itu tidak menjadi masalah baginya.

Suatu malam, ketika aku sedang asyik melayari internet, aku dikejutkan dengan kedatangan e-mel baru daripada seorang yang sangat dirindui. Aku terus menutup kotak e-mel ku dan membuka channel chat! Hampir dua jam kami bersembang. Terubat juga rinduku padanya. Gembiranya hatiku tidak dapat dibayangkan.

Dalam pada itu, sempat juga gadis itu mengadu tentang bebanan kerja yang tidak tertanggung seorang diri. Menurutnya, dia terpaksa menguruskannya seorang diri kerana rakan sekerjanya telah ditukarkan ke cawangan 




lain.




Keesokan harinya, khalid telah bersiap-siap untuk pergi ke pejabat bersama sepupunya. Sepupunya tidak dapat berbuat apa-apa kerana Khalid telah terlebih dahulu menantinya di dalam kereta.

“Boleh tahan jugak kau ni ye? Tak sangka pulak aku yang kau ni pencinta yang setia...”, gurau Saifol. Dia dapat mengagak bahawa gadis yang dimaksudkan itu bukansembarangan gadis.

Lamunannya terhenti apabila terdengar deringan dari handphonenya yang bertalu-talu.
“Hai, mengganggu tidur kau ke? Sorry lah bro... esok kau akan pergi dinner tu dengan Hanna, kan? Aku harap kau dapat gunakan peluang yang ada ni untuk luahkan isi hati kau tu. Aku memang sengaja suruh kau pergi dengan dia. Sebenarnya aku tak ada meeting pun kat Jepun tu. Aku cuma pergi makan angin je dengan tunang aku...oklah, itu je yang aku dapat bantu. Yang lain semua terserah pada kau. Good luck!”

Belum sempat Khalid membalas sepatahpun, Saifol telah terlebih dahulu mematikan talian. Khalid mengeluh. Namun di sudut hatinya dia melonjak kegirangan. Akhirnya saat-saat yang selama ini dinanti-nantikan bakal tiba. Jadi Khalid harus mempersiapkan dirinya untuk berhadapan dengan segala kemungkinan. Soal hidup dan mati beb!
*****

Malam itu Hanna memakai gaun hitam yang dihadiahkan Khalid. Rambutnya yang panjang paras ke pinggang dan baru direbonding dibiarkan begitu sahaja tanpa diikat. Solekan yang neutral menyerlahkan lagi keanggunannya pada malam itu. selendang putih pemberian Khalid dipadankan dengan gaun hitamnya. Dia tidak mahu terlalu menjadi perhatian pada malam itu. jadi, dia masih mengekalkan kesederhanaan seorang gadis Melayu. Ini semua atas usaha Khalid sehinggakan Hanna terpaksa akur kerana terikat dengan janjinya bersama Khalid.

Sepanjang perjalanan majlis itu, Khalid dapat merasakan sebahagian pemuda-pemudi kaya yang menghadiri jamuan itu sering mencuri pandang ke arah gadis di sebelahnya itu. Cemburu di hati semakin memuncak apabila seorang pemuda yang memperkenalkan dirinya sebagai Hazirul mempelawa Hanna menari bersamanya.

Hanna dapat merasakan ada yang tidak kena dengan Khalid pada malam itu. Sedari tadi Hanna perasan Khalid tidak senang duduk. Melihatkan keadaan Khalid sebegitu, Hanna menolak pelawaan Hazirul.

“What’s wrong with you, Ed?”, tanya Hanna apabila mendapati Khalid asyik berdiam diri sejak dari awal lagi. 






“Er...Ed...jom teman aku menari, nak?”, pujuk Hanna. Dia sudah mati akal. Entah mengapa dia menawarkan diri untuk menari dengan Khalid pada malam itu. Khalid tersenyum tawar. Dia menarik lembut tangan Hanna lalu menuju ke gelanggang tari di hadapan mereka.








Mereka mula menari. Begitu asyik mereka menari mengikut irama muzik sentimental yang dimainkan, hingga tidak sedar sudah lewat malam. Khalid cuba merapatkan tubuhnya ke tubuh kecil milik Hanna. Tangannya dengan lembut menyentuh belakang tubuh gadis itu. Tanpa disedari, Hanna merebahkan kepalanya ke dada Khalid. Alangkah bahagianya Khalid pada ketika itu kerana insan yang dicintainya kini berada dalam dakapannya.




Setelah beberapa ketika, baru Hanna tersedar dari alam fantasinya bersama Khalid. Dia tidak menyangka dengan apa yang telah dilakukan sebentar tadi. Berpelukan dengan yang bukan muhrim, sangat bertentangan dengan prinsipnya. Astaghfirullah...mengucap Hanna... Serta-merta dia meminta Khalid menghantarnya pulang. Merah padam mukanya menahan malu.

Semasa dalam perjalanan, Hanna terfikir. Mengapa Khalid sanggup melakukan semua ini untuknya? Adakah dia ikhlas atau ada sesuatu disebalik semua ini?

“Boleh aku tanya kau sikit”, soal Hanna memecah kesunyian di dalam kereta itu.

“Tanyalah”, balas Khalid pendek.

“Kenapa kau buat semua ni untuk aku? Kenapa kau sanggup berhabis duit untuk aku? Dari dulu lagi kenapa kau terlalu baik pada aku?”, soal Hanna tanpa berselindung lagi. 

Saat itu, mereka telah pun sampai ke perkarangan rumah Hanna. Khalid mematikan enjin keretanya. Dia terkejut dengan pertanyaan itu. namun dia akur. Dia tahu satu hari nanti situasi seperti ini akan timbul juga. Dan malam inilah penentu segalanya. Tiada apa-apa lagi yang perlu disembunyikan.

Setelah beberapa minit suasana di dalam kereta dibiarkan sunyi sepi, Khalid bersuara juga akhirnya.


“Hanna, dah lama aku nak cakap dengan kau pasal ni. Tapi, aku tak berani, anyway, dah tiba masanya aku berdepan dengan kenyataan...”. khalid seakan-akan teragak-agak untuk meneruskan ayat yang seterusnya.

“A..aku...aku...a...aku cintakan kau Hanna...”, luah Khalid ikhlas. Dia menggenggam kemas tanganku seakan merayu supaya aku menerimanya sebahagian dari hidupku.

Suasana kembali sunyi...apa aku nak jawab ni?

Dalam aku cuba menyusun kata-kata, bergema lagu Irama Cintaku yang didendangkan oleh Farhann melalui radio. Serta merta aku menguatkan volume radio itu lalu memejamkan mataku. Aku tidak pasti Khalid akan memahami maksudku ataupun tidak. Aku tidak mampu memandang matanya.... aku tidak mampu menghadapinya.

Dalam beberapa ketika, mereka membiarkan kesunyian memenuhi ruang kereta. Yang kedengaran hanyalah alunan lagu Irama Cintaku daripada radio. Hanna mula gelisah....

‘Dalam kesamaran waktu
Aku masih menunggu
Balasan cinta darimu
Yang mungkinkah berlaku

Bilakah saat itu akan tiba
Bilakah bahagia akan menerpa
Bilakah segalanya akan terjawab

Wahai kekasih hatiku hanya untukmu
Tiada yang lain selain darimu
Bilakan kita akan bersama
Membina mahligai impian

Maafkanku kerana tak berdaya meluahkan
Maafkanku kerana tak kuasa mengharung
Walau kini hubungan kita masih samar
Akan kusimpan memori indahku bersamamu
Sebagai irama cinta terulung...’

“Hanna...”, bisik Khalid lembut. Dia menggenggam erat jemariku lalu mengucup dahiku. Aku terharu. Tidak semena-mena air hangat membasahi pipi.
*****

“Ed akan pastikan Hanna bahagia bersama Ed...”, janji Khalid kepada Hanna. “Ed akan pastikan tiada siapa yang dapat melukakan hatimu lagi, sayangku...”.

Malam itu Hanna melelapkan matanya dengan ditemani teddy bear yang dihadiahkan Khalid.

‘Malam ini akan menjadi sejarah yang paling indah dalam hidupku. Akan kukenang saat kau dan aku bersama. Akan ku filemkan dalam memori hidupku agar menjadi kenangan sepanjang hayat. Akan ku mainkan lagu kita berdua sebagai irama cinta terulung...’

-TAMAT-


...Klik untuk baca lagi Irama Cintaku

No comments:

Post a Comment