Saturday, July 3, 2010

Apa kata hati...


Pernah sorang member cakap kat aku, "Bukanla namenye budak U kalo xde couple..". Mula-mula masuk dalam kehidupan U nih memang tak dinafikanlah.Semua member sibuk mencari pasangan masing2, xkesah la laki ke pompuan ke semua dalam mood bercinta. Lain pulak dengan aku. Sejak melangkah ke UiTM Arau, aku dah pun pegang status 'single' sampai la ni. Heheh..

Bila difikir balik ape yg member aku cakap kat aku dulu, statement tu xleh dipakai la. Sebab ape aku cakap cam tu? Sebab sepanjang 2 tahun aku bergelar 'siswi', macam-macam orang yang aku dah jumpa. Jumlah pelajar yang 'couple' dengan tak 'couple' lebih kurang sama je. That's mean masih ramai lagi yang berfikiran macam aku.

Tak semestinya kalau masuk U je mesti kena couple. Itu pendapat aku sebab aku masih belum bersedia nak ber'couple' nih. (maybe lom jumpe yg btul2 sesuai kowt..hehe). Kadang-kadang susah aku nak jawab bila kawan-kawan aku tanya "Tak kan la muke cam ko nih xde pakwe..". Bila aku cakap jujur yang aku tak de pakwe, ramai yang tak percaya. Aku pun tak faham. So bila mula timbul rasa tak percaya kat depa nih, aku pun dengan tenang menjawab "kalo korang rase aku de couple, maknenye ade lah. Kalo korang rasa aku aku xde, maknanya tak de lah..heheh.."

Bagi aku, bukan mudah untuk jatuh cinta, apa lagi untuk meluahkannya. Sangat sukar bagi aku untuk melakukan perkara yang satu ni. Bukan senang nak jumpa individu yang benar-benar tepat untuk kita. Sesetengah individu sibuk mencari 'the perfect man/woman'. Kita tak perlu mencari orang yang sempurna, kerana orang yang sempurna memang tak de. N
o one is perfect. Perkataan sempurna hanyalah untuk Allah S.W.T.. Kita ni hanyalah hamba-Nya yang sering alpa. Kita hanya dapat mencari orang yang benar-benar tepat untuk kita. Orang yang tepat tak akan pernah menjadi orang yang sempurna. Tapi orang yang tepat itu akan menjadi orang yang terbaik untuk kita. InsyaAllah..


2 comments:

  1. adehhh..bile bce post iza yg nihhh..asenye mcm knl jer ayat "Bukanla namenye budak U kalo xde couple.."heheheheh...-jebat durhaka-

    ReplyDelete
  2. heheh..sowi...post iza nih umum je...;p

    ReplyDelete